Ketika menjadi guru di sekolah dahulu, saya sering juga ditugaskan menjadi guru kelas. Memang menjadi sebahagian daripada tugas guru kelas untuk menyediakan jadual bertugas pelajar selama seminggu untuk memastikan kelas dalam keadaan bersih dan teratur. Biasanya, Jadual Bertugaslah yang menjadi tajuk bagi jadual yang dimaksudkan. Itulah yang menjadi amalan guru sejak dahulu dan rangkai kata tersebut sudah diterima umum bagi merujuk jadual tersebut. Tetapi kini, rangkai kata tersebut dianggap salah dari segi tatabahasanya. Hal ini kerana rangkai kata tersebut yang dari segi semantiknya boleh juga membawa makna jadual yang bertugas bukannnya tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh pelajar . Ini mungkin kerana kata bertugas tergolong dalam kata kerja dan dalam ayat dasar yang berpola Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) rangkai kata tersebut telah dapat dianggap sebagai satu ayat yang lengkap. Ungkapan jadual bertugas bermakna jadual yang melakukan tugas. Oleh itu, dari segi tatabahasa rangkai kata yang paling tepat untuk merujuk makna sebenar jadual tersebut ialah Jadual Tugasan. Dalam rangkai kata itu, kedua-dua kata ialah kata nama dan rangkai kata tersebut tergolong dalam kata majmuk. Hal inilah yang sering menjadi persoalan antara ahli tatabahasa beraliran perspektif atau beraliran deskriptif dalam menentukan tatabahasa pegangan. Tatabahasa mengikut bahasa atau bahasa mengikut tatabahasa?
Mie Lob – setuju dengan kedua-dua aliran asalkan bahasa terus perkasa…
Jumaat, 26 Februari 2010
Jadual Bertugas
Selasa, 23 Februari 2010
Kata dan Kata
Mie Lob - kadang-kala pening juga dengan kata-kata ni..
Ahad, 21 Februari 2010
Oh, Sendi Nama!
Mie Lob - masih kerap melakukan kesilapan tatabahasa, bukan kesalahan tatabahasa...
Sabtu, 20 Februari 2010
Kepimpinan PIBG
Mie Lob – ahli kelab penyokong PIBG
Khamis, 18 Februari 2010
Perjalanan Malam
Mie Lob - kerap melakukan perjalanan malam apabila kesuntukan waktu siang…
Rabu, 17 Februari 2010
Wah,...baung!
Setelah menunggu dengan sabar, akhirnya mata pancing Amir diragut ikan lebih kurang jam 11.00 malam. Lenturan yang dilihat pada joran kecilnya memberi tanda bahawa ikan yang memakan umpan anak keli itu boleh tahan juga. Setelah disentap, tali pancing cuba digulung ke dalam kekili. Namun, tali pancing tidak dapat ditarik kerana tersangkut pada sesuatu. Biasanya kalau tersangkut, tali terpaksa diputuskan kerana di dasar Tasik Kenyir memang terdapat banyak tunggul kayu. Dengan rasa hampa, pancing tadi dibiarkan dahulu. Sebaik diberikan sedikit tali, terasa joran ditarik lagi. Sah, ada ikan pada mata pancing. Walaupun cuba ditarik kemudiannya, tetapi tali masih tersangkut. Akhirnya, keputusan nekad diambil untuk menarik tali pancing walaupun berisiko putus…Wah, seekor baung TK! Heheh.. Hebat!Mie Lob – ada skim perangsang untuk kembali ke TK bagi menjinakkan toman dan kelah..
Seronoknya di TK dan KT
Percutian keluarga ke Tasik Kenyir dan Kuala Terengganu kali ini sungguh menarik. Pertama, kerana inilah kali pertama kami menjejakkan kaki ke TK dan yang kedua kerana percutian yang disertai 4 keluarga ini meriah dengan gelagat anak-anak yang jarang-jarang dapat berkumpul bersama. Sebab itu, sebelum bertolak ke KT lagi, saban waktu anak-anak asyik bertanya itu dan ini. Sepanjang 3h 3m dapat berkumpul, pelbagai gelagat anak-anak dapat disaksikan dan yang paling menyeronokkan ialah aktiviti memancing kerana dalam kumpulan keluarga ini, anak-anak lelakilah yang lebih dominan dari segi umur dan bilangan! Oleh sebab itu, bapa-bapa terpaksa menyewa joran kerana joran yang dibawa tidak mencukupi (atau memang bapanya yang ‘lebih’!) Sebaik mendaftar masuk di TK, anak-anak sudah sibuk mengajak bapa-bapa turun sehingga emak-emak yang mendengar pun berhasrat untuk turun sama! Tidak kira waktu, masa yang terluang digunakan untuk melabuhkan pancing. Malangnya, masa dan tenaga yang dicurahkan dan puluhan ringgit yang dibelanjakan, nampaknya tidak berbaloi. Apa pun, kerana berpegang pada prinsip kegagalan merupakan guru terbaik, kaki-kaki pancing ini tetap tidak beputus asa.. masing-masing menyimpan hasrat untuk menewaskan kelah atau paling tidak toman TK suatu masa nanti!Mie Lob – teruja apabila mendengar cerita Amir tentang pancingnya sekali lagi diragut ikan besar berhampiran jeti Air Terjun Saok….
Khamis, 11 Februari 2010
Selamat Bercuti Sempena TBC
Minggu depan IPG akan ditutup selama seminggu. Nampaknya akan bercuti sakanlah guru-guru pelatih di kampung masing-masing. Dalam pada bercuti, diharap pelajar yang telah mula menerima beberapa tugasan daripada pensyarah akan mula menggerakkan usaha yang lebih bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan kerana tarikh untuk menghantar tugasan semakin hampir dan bilangan tugasan banyak. Inilah peluang untuk pelajar menumpukan usaha secara lebih berfokus terhadap tugasan tanpa diganggu oleh urusan kuliah. Apa yang penting, pelatih telah membuat perancangan awal supaya cuti seminggu tersebut tidak menjadi sia-sia. Mereka perlu menyediakan terlebih dahulu bahan-bahan tugasan supaya dapat dibuat semasa cuti. Jika tidak, usaha menyiapkan tugasan akan tersekat kerana bahan yang tidak mencukupi!
Mei Lob – Selamat bercuti, jaga diri, dan jumpa semula selepas cuti TBC…
Rabu, 10 Februari 2010
Sirkit Mendaki Gunung N. Sembilan
Mei Lob (tutor) – sangat menggalakkan tute ikut serta.. teringat manifesto seorang calon AJK MPP : anak Johor tetapi berjuang untuk negeri Sembilan!
kenyir

Jumaat, 5 Februari 2010
Abang Misai dalam Kenangan.
Jom Makan PPISMP (BM/KS) Sem 2/2010



Atas usaha KU dan semua ahli Unit PPISMP (BM/KS) Ambilan Julai 2009, seramai 21 orang tutee telah dapat dikumpulkan di KFC Seremban untuk bersama-sama dengan tutor dan keluarga untuk bersama-sama menikmati hidangan ayam goreng. Puh, sambil menikmati jamuan, para tutee dan tutor dapat beramah mesra. Kejelekitan yang ditunjukkan oleh tutee amat membanggakan tutor. Di harap kerjasama tersebut akan berterusan sepanjang mereka menjalani kursus di IPG Kampus Raja Melewar. Tahniah buat KU, PKU dan semua pelajar Unit PPISMP (BM/KS) Sem 2!
Mie Lob (Tutor) - seronok tengok kejeleketan dalam kalangan tutee... teruskan.
