Selepas menghabiskan masa lebih kurang kurang setengah jam di puncak tertinggi iaitu Low’s Peak (4095.2 m), peserta kemudiannya bergerak turun dan mengadakan sesi bergambar berhampiran South Peak. Menurut saudara Namron selaku ketua ekspedisi, walaupun beliau telah empat kali mendaki Kinabalu, cabaran pada setiap kali mendaki tetap dirasakan apatah lagi kepada peserta yang baru kali pertama mendaki.
Menurut beliau lagi program seperti ini sangat bermanfaat khususnya untuk meningkatkan semangat, ketabahan, kegigihan, dan kerjasama khususnya dalam kalangan peserta. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya sampai ke kemuncak khususnya kepada lima orang pensyarah IPG KRM iaitu, Tn. Hj. Harun bin Ujang dari Jabatan HEP, En Mohd Aris Othman dari Jabatan Sains Sosial, En. Azmi b. Ayub dari Jabatan Pengajian Melayu, En Jalil dan En. Az
Tiada ulasan:
Catat Ulasan