Azmi b. Ayub




Rabu, 5 Januari 2011

Tahniah Buat Ain


Sekali lagi, ku panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke haderat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmat kegembiraan atas kejayaanmu, Ain. Tahniah daripada ayah, mama, adik-adik dan tentunya daripada seluruh ahli keluarga lain atas kejayaan itu. Ayah berbangga kerana Ain telah membuktikan bahawa kekurangan yang pernah dilalui bukanlah pematah semangat untuk mencapai kejayaan. Walaupun tidak berjaya ke mana-mana sekolah berasrama elit atau pun agak lewat mengikuti pelajaran dengan selesa semasa di Tingkatan 1, namun Ain telah buktikan bahawa Ain boleh. Ayah percaya, usaha gigihmu bukan sedikit. Syabas! Kepada semua yang turut membantu khusus buat guru-gurumu, terima kasih yang tidak terhingga. Hanya Allah jua yang akan membalasnya. Doa kami agar Ain akan terus tabah dan gigih dalam usaha memburu cita-citamu. Kami iringi dengan doa agar Ain menjadi anak solehah yang akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Mie Lob - semoga Ain jadi pemangkin buat adik-adik yang lain...

Alhamdulillah...

Setelah sekian lama, akhirnya impian itu kini menjadi kenyataan. Walaupun hasilnya tidaklah sehebat mana atau tidak seindah mana, tetapi aku puas. Sebagai orang yang mengeluarkan kos untuk membinanya tentulah aku sentiasa mengharapkan yang terbaik sesuai dengan impian. Namun hakikatnya bukan semua impian boleh menjadi kenyataan. Banyak pengubahsuaian terpaksa dilakukan kerana masa dan keadaan sentiasa berubah. Selain itu banyak pula yang terpaksa aku korbankan disebabkan kemampuan kewangan dan kepakaran pembuatnya. Banyak tolak ansur yang perlu diberikan apabila memikirkan kemampuan-kemampuan itu. Kesian juga apabila mengenangkan kerja yang sepatutnya dapat disiapkan dalam beberapa minggu terpaksa mengambil masa yang lebih panjang. Apa pun, aku cuba mengambil sikap positif dalam hal ini kerana jika diturutkan hati, akhirnya aku juga rugi. Setelah memikir, berfikir dan melaksanakannya akhirnya inilah hasilnya. Aku gembira, walaupun bukan sebagaimana impian kerana kita hanya perancang impian dan bukan penentunya. Perencanaan Tuhan itulah yang maha hebat. Aku bersyukur atas rezeki-Mu yang terlalu banyak ini..Alhamdulillah..
Mie Lob - pengalaman menjayakan menjadi menjadi pengalaman berharga...